Tuesday, January 29, 2013

Semoga Tiada Yang Obses Sehingga Menyalahgunakan Facebook

Catatan berwarna merah di bawah ini saya copy dari akaun fb FARID TENGKU AZUDDIN tu.... Ngeri saya baca! Hamboi sampai mak adik si Farid ni mati dibubuh nota. Kereta apa si Farid pakai pun dicatat dan ada gambar. Paling luar biasa saya lihat list friends juga beratus-ratus.  

Cuma, macam saya kata tadi, saya bimbang entah gambar siapa yang jadi mangsa dalam fb si Farid. Bagi saya, menggunakan gambar original seseorang dan dibubuh pula dalam akaun yang fake tanpa kebenaran, itu satu jenayah dan menceroboh hak peribadi seseorang.  

Apabila meneliti semua akaun-akaun watak dalam novel saya ini, selain ianya fake, palsu dan mungkin menganiaya (bila gambar orang ditempekkan sebagai gambar watak tanpa keizinan), saya menyedari sesuatu. Pembinaan akaun facebook watak novel saya itu sangat mendetail. Sangat rapi dan teliti.

Setiap nama rakan, setiap perwatakan rakan, suka apa, pakai apa, kereta apa... mood yang bagaimana, semua dicatat. Saya membayangkan ini mungkin sebahagian kegigihan insan insan yang membedah, mengkaji novel ini. Dan saya yakin ini bukan dibuat oleh anak-anak sekolah!

Jauh sekali budak-budak kolej. Hemm, kalau bebudak, lepas baca, dicampak aje buku. Teringat, terbayang itu normal. Tapi kalau mahu mengkaji novel umpama mengkaji dan menyediakan bahan thesis, anak-anak tak kuasa membuatnya. Pada yang gigih membuat kajian rapi dan menyediakan satu bio lengkap untuk watak novel saya, hahaha... jutaan terima kasih saya ucapkan!



Ini saya copy dari fb FARID TENGKU AZZUDDIN

Helo! Helo! Assalamualaikum {ControL Maco} I'm Farid Tengku Azzuddin! Ingat nama ini dalam kepala..heheh.. Farid adalah watak dalam novel karya Lily Haslina Nasir bertajuk; *AKUKAH CINDERELLA ITU? *AKUKAH SNOW WHITE ITU? atau novel kompilasi gabungan dua buah novel itu adalah bertajuk; -AKUKAH PUTERI ITU?- Ini ada sedikit intro berkenaan Farid Azzuddin::: *Tengku Farid Bin Tengku Azzuddin. *20 years old, I'm still young and available! ♥ *Suka buli Lisa tetapi sekarang kami Teman Tapi Mesra! Don't jealous guys! xD *Kadangkala seperti gila sedikit, tetapi jangan risau, Farid ni baik! *Sepupu bernama Tengku Nur Keisya. itulah serba sedikit tentang identiti Farid ya! Nickname yang mengawal acc ini:: #Admin Mal# Ini hanya admin semata-mata ya!Jangan pula ter'angau' dengan Farid! Ini senarai watak-watak yang ada bersama watak farid. -Lisa {My precious GirlFriend} http://www.facebook.com/lisa.ahmad.507 -Keisya {My 'Diva' Cousin!} http://www.facebook.com/nur.keisya.3 -Karina {Si cantik} http://www.facebook.com/karina.arysha.3 -Arisa {Si peramah!} http://www.facebook.com/puteri.arisa.3 Ok then, semua. Just call me Farid or Abang Farid ok! Till then, Bye!
Lives in Kuala Lumpur, Malaysia
Born on February 24, 1992
Knows Malay, English
Male

2012

Bought a Car
Moved to Kuala Lumpur

2003

In Memory of Tengku Hamidah
In Memory of Tengku Faezah

1992

Born on February 24, 1992

No comments:

ShareThis