Tuesday, January 8, 2013

SUPERLICIOUS SOFEA - 4

Budak nakal jari terluka,
Hiris cili terpercik mata;
Suka mokcik lily suka,
Dapat merapu taip cerita!

PRESENTING.... SUPERLICIOUS SOFEA 4

Bab 4


“SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA HULUrians Ke DUNIA HIGHLANDERS. Kolej Hulu Park Highland mengalu-alu kedatangan anda! Siapa kata Hulu tak best? Seronok belajar di sini! Ingat, kita mesti bangga dengan diri kita sebagai Hulurians yang menguasai dunia Highlanders! Kamu semua jaga imej... Jangan bawa imej buruk. Jangan buat perangai bukan-bukan. Kita bukan dalam dunia Wonderpets ya!”

Berapi-api ucapan pengetua kolej Hulu Park Highland. Dah gaya macam Naruto nak bawa keluar jurus nunjitsu musang ekor sembilan gamaknya. Semua pelajar dalam dewan terangguk-angguk.

Tak kurang juga yang sibuk pura-pura pejam mata gaya orang tengah baca mantera. Pendek kata, semua jenis orang ada. Tapi dah nak buat macam mana, acara penyampaian amanat keramat untuk tiap-tiap pelajar baru masuk memang jadi acara wajib dekat kolej. No excuse ya!

Namun tidak jauh dari situ, di satu bilik yang sederhana besar dan menempatkan tiga katil bujang berwarna ungu lembut, dua rakan yang baru saling berkenalan, masih lagi terhegeh-hegeh.

“Ya Allah! Kenapa tempat ni hulu sangat hah!!!” Sofea sudah menjerit dari sudut pantri.

“Kenapa???” Laung Qamariah yang masih terkial-kial dan sudah separuh berpeluh cuba mengikat tudung.

“Tengoklah ni.... macam mana aku nak cuci tangan dekat sinki? Banyaknya ulat gonggok! Hishh gelilah!” Sahut Sofea yang tertinjit-tinjit mahu memakai alas bedak.

“Qamariah, kau lambat lagi ke nak siap?” Sofea hampir selesai. Puas hati selepas mengoles pengilat bibir.

“Kejap la, sikit je lagi ni. Aku nak belit selendang ni kejap.” balas Qamariah sambil membetulkan awning di kepalanya. Terpusing-pusing tangannya cuba membetulkan selendang yang senget-benget di atas kepala.

Sofea tergelak sambil menggeleng kecil. “Kau ni dari tadi terbelit-belit mengalahkan hantu bungkus, bila nak siap?”
Qamariah memuncungkan bibir. “Kejap la, kau ingat senang nak pakai benda alah ni? Seksa mak!” balas Qamariah selamba. Peduli apa kalau orang mahu mengata! Ini jujur namanya!

“Yelah tu. Hah, mana Nina? Tak nampak pun batang hidung dia?” tanya Sofea sambil menoleh ke belakang.

“Dia ada kat luar tadi. Pergi sidai baju kot.” balas Qamariah sambil terus membetulkan tudungnya. Sofea hanya mengangguk sambil duduk semula di atas katil. Majalah Cosmopolitan yang entah siapa punya dibaca terus. Baru helaian kedua majalah tersebut dibuka, Nina muncul tiba-tiba di depan pintu bilik.

“Girls!!!”

Sofea dan Qamariah sama-sama berpaling melihat Nina yang tercungap-cungap sedang mengambil nafas. “Oii, kenapa ni? Lari macam kena kejar hantu jepun je?” ujar Sofea yang sedikit pun tidak bersimpati. Minah seorang ni kalut aje!

Sempat Nina mencebik bibir sebelum melangkah masuk. “Ceh, kalau setakat hantu jepun, aku kilas je dengan silat aku. Ada benda lagi penting ni!”

“Huh? Apa dia? Kolej ni kena tutup ke? Kita boleh balik ya?” tanya Qamariah sambil tersengih.

Memang jauh di sudut hati, dia mendoakan biarlah ada gempa bumi! Atau tiba-tiba ada alien dari bawah tanah atau mungkin NASA mengumumkan ada raksasa dari Marikh bakal membuat terjunan dari kapal angkasa dan mendarat di kolej itu. Kalau semua itu berlaku, memang cerah peluang untuk pulang ke rumah masing-masing!

“Ish, kalau betullah jadi macam tu, akulah orang pertama yang nak bakar mercun, buat kenduri tujuh hari tujuh malam.” sambung Sofea sambil tergelak-gelak.

“Ceh, jangan kata kau, kalau aku, aku sambung bagi jadi sebulan kenduri. Kalah Kate Middleton buat kenduri kahwin!” ujar Nina pula. “Tapi bukan tu masalahnya.” sambungnya lagi sambil mengambil tempat duduk di sebelah Sofea.

“Dah tu?” serentak Qamariah dan Sofea bertanya.
“Dalam blok ni dah clear! Habis semua orang dah keluar.” kata Nina.

“Semua? Mana pergi budak-budak tu?” tanya Qamariah.
“Ish, tak adalah. Kan budak-budak baru kena pergi prep? Tu pasal blok kosong.” jelas Nina. Macam tidak sekuman dia berasa bimbang.

Mahunya tak terkejut tengok blok tiba-tiba kosong tak ada orang, gaya macam semua dah kena sedut dengan jembalang tanah.
Sofea menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Eh, takkan kosong terus? Budak-budak senior mana? Turun sekali?”

“Kau nak aku pakai bahasa Jawa ke Bahasa Jerman? Blok ni cuma ada budak baru. Senior-senior duduk blok sebelah. Ada paham?” terang Nina satu persatu.

Terangguk-angguk Sofea dan Qamariah mendengar penjelasan Nina. “Laa... aku ingat diaorang stay sekali dengan kita.”

“Taklah.” ujar Nina ringkas. Dia sememangnya sudah kecut perut. Terasa hendak tercirit sewaktu menjengah dari ampaian tadi. Terasa seram memandang keliling yang gelap gelita. Banjaran gunung yang menjadi sempadan Malaysia –Siam ada di hadapannya.

Di belakangnya pula ladang getah. Pantas dia menyidai baju. Tidak mahu terlalu lama. Bimbang imaginasi bertambah liar. Itu pun bagai sudah terasa-rasa ada bayang dan mata merah tajam berapi merenungnya dari celah-celah ranting pokok getah. Bukankah orang kata, di mana-mana asrama selalu ada hantu!

“Ek’elee... skema ya amat kau ni! Kalau dah semua lesap, kita lesap atas katil dah lah. Aku mengantuk ni.” ujar Sofea sambil tergolek di atas katil. Gaya macam tak ada masalah langsung!

“Banyaklah kau punya lesap. Diorang check nama, tau!” tegas Nina pula.

“Kalau nama kita tak ada?” kening Qamariah terangkat sebelah.
“Kau nak berjemur tengah panas kat padang bola esok, bolehlah.” balas Nina pula.

Sofea bingkas bangun dari pembaringannya. “Hah? Padang bola? Tempat abang-abang senior melepak tu ke?” Mata dah bersinar-sinar.

Qamariah dan Nina sama-sama mencebik bibir. “Ceh, sebut ‘abang’ konon. Bila kala bebudak sini jadi kau punya abang? Habis, sekarang ni nak kena pergi ke tak?”

“Kenalah~ Aku tak minat nak jadi tanned colour!” ujar Nina.
“Aku minat!” Sofea dah angkat tangan tinggi-tinggi.
Giliran Nina dan Qamariah pula yang menjegil mata melihat Sofea. “Dah buang tabiat ke?”

Sofea tersengih. “Kau kata tadi kita kena denda kat padang bola kan? Banyak kot mamat-mamat senior melepak. Muka pula semua jenis high class, tak jemu mata memandang. Tak rugi weh!”

“Banyak la kau punya tak rugi. Kalau kulit aku hitam siapa nak jawab?”

“Hitam pun cun kot!” Sofea tetap tak mahu kalah.

“Eh, sudahlah. Aku rasa elok kita pergi. Alah, lepak je pun, bukan kena buat apa-apa.” ujar Nina.

“Ish, sejak bila kau semangat nak join aktiviti kolej ni?” tanya Qamariah malas. Mana dengan selendangnya yang senget-benget. Lagilah tak ada mood nak join benda-benda macam ni.
“Korang ni tulah, tak terer macam aku.” balas Nina sambil tersenyum panjang.

“Apasal pulak?”

“Bila kita pergi sana, kita boleh tahu flow kolej. Kalau nak fly kemana-mana, senang nak plan.” ujar Nina selamba.

Melopong Sofea dan Qamariah mendengar kata-kata Nina.
“Fuyooo! Dashyat giler laa~ Apasal aku tak terfikir macam tu tadi?”
“Sebab wayar dalam kepala korang tak bersambung. Hehe. So, nak pergi tak?” tanya Nina sambil tersengih.

“ Nak!!!”
Ketiga-tiga mereka bersiap dan keluar. Lengkap berbaju t-shirt kolej dan sneakers. “Wei, agak-agak bilik prep tu dah penuh tak?” tanya Sofea.

“Eh, kita bukan nak pergi bilik prep la.” balas Nina.

“Dah tu?” tanya Qamariah pula.

“Kita kena pergi bilik PSP. Orientasi budak baru buat kat sana.” jawab Nina yang memang digelar sejak awal oleh Sofea dan Qamariah sebagai Miss Serba Tahu.

“Pulak dah? Ah, pedulilah. Jom pergi.” balas Qamariah. Kakinya mula membuka langkah panjang.

“Tapi kan, korang tahu tak kat mana bilik PSP tu?” tanya Nina tiba-tiba.

Langkah Qamariah dan Sofea terhenti tiba-tiba. Nina yang sudah terlepas ke hadapan sedikit turut berhenti melangkah apabila melihat mereka berdua berhenti. “Eh, yang korang berhenti berjalan ni kenapa?” tanya Nina lagi.

“Nina oii, aku ingat kau tahu kat mana bilik PSP tu. Tadi promo bukan main mengalahkan kamdar buat sales!” leter Sofea.
“Iyalah. Eh, kau serius ke tak tahu ni?” tanya Qamariah pula.
Nina buat muka sepuluh sen. “Korang tengok muka aku ni macam tahu ke?” tanya Nina kembali.

“Habis, mana kau tahu pasal berita-berita tadi?”
“Notis kat board. Ada lekat kat tepi toilet. Tepi tangga pun ada.” balas Nina selamba.

Mereka berdua sama-sama menepuk dahi. “Laa... kenapa tak cakap awal-awal? Dah tu, macam mana kita ni? Nak gerak ke mana? Takkan nak pakai kompas pula?” tanya Sofea.

Mereka bertiga terpaku sebentar. Otak masing-masing berpusing ligat. “Hah, aku tahu!” ujar Sofea tiba-tiba.
“Apa dia?”

“Kita main redah sajalah. Settle!” ujar Sofea.

“Ha’ah. Jomlah. Senang punya cerita.” balas Nina. Qamariah pula tersengih sambil mengangkat ibu jari tanda ‘best’.

Mereka mula berjalan. Dari satu blok ke satu blok mereka berjalan. “Ish, mana bilik PSP ni? Aku rasa macam tengah redah Hutan Amazon. Dahlah nyamuk banyak!” rungut Sofea. Tangannya menggaru-garu seluruh badan.

“Ish, jangan kata kau, aku rasa lutut aku pun dah nak tercabut. Lenguh kaki aku ni!” balas Nina pula.

“Huh, asyik kira lutut korang je. Lutut aku ni tak kira sekalikah? Aku pun penat tau!” ujar Qamariah.

“Relax. Aku rasa kita dah tak jauh ni. Hah, yang cerah-cerah dekat hujung tu, aku rasa macam dewan makan. Betul tak?” tanya Sofea sambil mengunjuk ke arah sebuah bangunan yang terang benderang.

Qamariah dan Nina sama-sama menginjit dalam gelap melihat ke bangunan yang ditunjukkan Sofea. “Aku rasa betullah tu dewan makan. Nampak macam ada orang je.” balas Nina.

“Hah, betullah tu. Eh, kat belakang tu ada blok kan? Aku rasa bilik PSP tu mesti ada kat situ.” ujar Qamariah pula.

“Yes! Aku tahu kita akan jumpa juga bilik PSP tu. Korang tahu apasal?” tanya Sofea.

Qamariah dan Nina sama-sama mengangkat bahu. Sofea tersenyum. “Sebab kita ni cool! Mana ada orang special macam kita!” ujarnya sambil ketawa mengekek. Qamariah dan Nina ikut ketawa.

Sudahnya mereka bertiga berjalan perlahan-lahan di dalam gelap supaya tidak dilihat orang. Kalau kena tangkap, boleh jadi kes naya nanti! Hampir sepuluh minit terjingkit-jingkit, mereka bertiga akhirnya sampai ke depan blok tersebut.

“Nina, kau tolong ushar line kat belakang. Clear tak?” tanya Sofea.
Nina berpaling sedikit ke belakang untuk memeriksa. Seketika kemudian, dia berpaling semula sambil tersenyum. “Beres. Kita boleh masuk sekarang.”

Mereka bertiga berjalan perlahan masuk ke dalam blok. Hampir lima belas minit berpusing-pusing, namun bilik PSP tetap tidak kelihatan. Masing-masing mula buat muka cucur kodok. Manakan tidak, masing-masing dah penat. Habis semua tenaga dan jurus dikeluarkan, tapi jangan kata pintu bilik, bayang bilik PSP pun tak jumpa!

Sofea mengeluh panjang. Dipandangnya Nina dan Qamariah yang berjalan di hadapan. Gaya macam nak pengsan saja dua-dua orang tu. Hmm... manalah bilik PSP ni. Dah puas aku pusing, tapi tak jumpa-jumpa pun! Bilik PSP ni dah kena sorok dek bunian ke hah? Memusing cari tapi tak nampak langsung kelibat! rungut Sofea dalam hati.

Matanya meneliti setiap tanda nama di muka pintu. Mesti ada terselit kat celah-celah mana ni.. P102, P104, P106, P... eh? “Korang, tunggu kejap.”

Qamariah dan Nina berhenti dan segera berpaling ke belakang. “Kenapa wei? Kau dah jumpa ke?”

Sofea menggeleng namun dia menunjuk ke tanda nama yang terlekat di muka pintu. Qamariah dan Nina segera mendekatkan diri dengan pintu, namun mereka mencebik bibir sebaik melihat tanda nama tersebut. “P108. Sofea oii, mata kau dah juling ke? Kita bukan cari bilik P108, tapi bilik PSP.” ujar Qamariah.

“Iyalah, aku tahu. Tapi korang tak rasa ke ada something wrong here? Nombor ni? Bilik ni?” tanya Sofea.

“Apa yang misterinya?” tanya Nina blurr.
Sofea menarik nafas dalam-dalam. “Wei, rasanya kita dah masuk ASPURA ni!”

Mereka sama-sama terlopong. Nina dan Qamariah melihat sekali lagi tanda nama tersebut. Kemudian, dia melihat pula keadaan sekeliling. “Sah! Ni ASPURA! Adoi, macam mana boleh tak perasan ni?!” ujar Qamariah sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Terbeliak mata masing-masing apabila ternampak boxer dan segala jenis bentuk seluar kecil lelaki bergantungan di tingkap dan di kawasan ampaian.

“Dah tu tunggu apa lagi, cabut!” serentak dengan itu, ketiga-tiga mereka membuka langkah seribu.

Hampir beberapa ketika mereka berlari, akhirnya mereka sampai ke blok akademik.

“Perghh, gila laju aku lari! Kalah Usain Bolt!” ujar Nina sambil menarik nafas panjang.

“Fuh.. fah... wei, wei... tarik nafas dalam-dalam, kasi sejuk badan. Nanti semput pulak kita kat sini!” ujar Sofea sambil angkat tangan turun tangan. Gaya macam nak terbang je.

Qamariah berpaling sedikit ke belakang. Seketika kemudian, dia tersengih. “Kiranya kita ni dah lepas bala kan? Korang ada nampak siapa-siapa kejar kita tak?”

Nina dan Sofea sama-sama menggeleng. “Aku rasa tak kot. Kita lari tadi kalah pelesit. Kalau ada warden nampak, mesti mereka kagum! Gerenti kita wakil balapan untuk olimpik!”

“Ceh, ke situ pulak! Tapi kan, memang Memang nasib baik betul! Ini, kalaulah warden perempuan nampak, WE'RE SO DEAD!!!!” mereka bertiga ketawa serentak.

Dalam keadaan gelak riang-ria dan tercungap itu, tiba-tiba mereka terpaku dengan satu laungan. Ah sudah!!! Dalam gelap, mereka cuba memandang. Mengamati siapa jejaka itu.

“DEAD!!! Ya, awak semua mahu mati ya??? Mana pergi? Kenapa awak bertiga masih lagi terhegeh-hegeh!”

Tergamam tiga sahabat itu.
Sofea menyiku Qamariah. Si gadis yang selalu riuh itu benar-benar terpempan. Nina pula tiba-tiba terasa macam diserang semput. Ya, beri peluang aku bernafas lagi! Doanya berkali-kali dalam ketar dan nafas yang semakin pendek-pendek.

“Siapa mamat pakai motosikal buruk ni?” Bisik Sofea.

Nina sekadar geleng. Motosikal kapchai itu semakin mendekati mereka. Ceh, siap ada pelekat ultraman pada motosikal buruk itu. Dalam kelam malam Nina masih dapat memerhati dengan teliti.
“Pak guard kot...”

Lancar saja suara Sofea berbisik. Demi malam yang hening. Demi cengkerik dan ungka saja yang sahut menyahut di malam pekat itu, suara halus Sofea tetap didengari si lelaki bermotosikal di hadapannya itu.

“Banyak mak pak hang aku ni hang nak kata pak guard??? Ingat aku ni pak menakan... pak saudara hang ka?? Aku muda-muda kau kata pak guard? Wei, kau tak kenal ya siapa Pak Hafiz di sini? Memang hang ni semua mau mati ya?”

“Hah???” Kepala lutut terasa mahu tercabut dari soket. Jantung mahu tertanggal. Oh, bila-bila masa saja mereka terasa mahu rebah di situ!

“Pak Hafiz??”

“Ya, saya! Pensyarah HEP dan Disiplin!”

I’m dying! I’m dying! Mak! Abah.... Qamariah mau balik rumah!!!

“Hah awak... siang tadi bukan main ya.... Bukan berlagak muka ya bila kereta pak awak tu dapat potong kereta saya! Tahu ya nak cepat?? Ni kenapa terhegeh-heheh? Kenapa terkemut-kemut? Pelajar baru dah mula lembab! Banyak lemak ya? Perasan bagus?”

Qamariah menggeletar!
Oh, tidak.... Mamat ni rupanya! Siang tadi pakai kereta satria ekzos meriam buluh! Malam ni pakai kapchai buruk! Ya Allah, kalau aku tahu dia pensyarah disiplin gerenti aku larang abah potong kereta dia! Biarlah bawa 20 km sejam!

Mak.... Qamariah mau balik! Qamariah sudah mahu terjelepuk.

Nina dan Sofea sendiri terasa mahu pitam. Mahu teguk liur pun terasa air liur sudah kering!

No comments:

ShareThis