Ini untuk adinda Zuliana Abuas yang bertanya Bab 1 SUPERLICIOUS SOFEA
SUPERLICIOUS SOFEA
BAB 1
Nama dia Sofeatulaisyah.
Nama bukan main lagi. Macam ada darah-darah arab. Boleh tersasul mahu
menyebutnya. Tak kena gaya, kalau mahu isi borang OMR pun boleh tersalah
eja.
Kalau tengokkan pada nama, orang mesti ingat dia ini
ala-ala Ustazah Pilihan yang lemah-lembut lagi skema berhemah. Hemm,
siapa kenal, baru tahu dia siapa... Boleh tahan kasarnya!
"Nama ada bau-bau arab? Ada darah arab ke?" Kekadang ada yang bertanya.
“Tak ada makna darah Arab! Ini cucu-cicit bugis ok!” Itu selalu
jawabnya kalau ada orang mengusik. Maklum tergeliat lidah mahu menyebut
nama dia.
Ada yang panggil dia Shah. Dia ok lagi. Ada juga yang
tak tahu, guna nama Aisyah aje. Bolehlah. Nama isteri Rasulullah saw
kan! Tapi jangan cuba-cuba panggil dia Atul. Mahu kena tukul kepala
orang yang menyebut itu.
“Panggil Sofea aje. Dah Sofea tu
ala-ala paling depan.” Demikian jawab dia kalau orang tanya mahu panggil
apa. Alah, yang selalu buat-buat blur bertanya tentunya mamat-mamat
yang mahu jual ayat.
“Sofea Lorren?”
“Hello... Excuse
me! Beg your pardon? Tak mainlah Sofea Lorren. Dah tua pun... kalau
Marilyn Monroe okay ye... memang kita minat.”
Hahaha itu satu
hal, entah apa, entah kenapa, dia cukup gilakan Marilyn Monroe. Habis
semua wall paper di komputer ribanya penuh dengan gambar seksi Marilyn
Monroe.
Daftar masuk Kolej Hulu Park Highland ini pun
sebenarnya dia terpaksa. Kolej di mana? Tak pernah dengar? Hem, dia tak
kecil hati pun. Dah nama pun Hulu jadi memang tak hairan kalau ada yang
tak tahu di mana.
Sampai ada kawan-kawan di kolej lama
bertanya... Kolej Hulu Park Highland? Kat mana tu? Pengkalan Hulu di
mana ya? Di kaki Gunung Jerai ke? Atau di sempadan Takbai yang menghala
ke Siam tu? Eh dalam Malaysia ke tempat ni? Amboi, melampau benarlah ya
sampai tanya dalam Malaysia ke tidak.
Gadis kepala batu macam
Sofea mana pernah pedulikan orang. Tapi kalau dia baik dan sukakan
orang, lebih dari bidadari sorga pun dia boleh layan orang. Cuma, jangan
sesekali cari fasal dengan dia. Memang dia dendam sampai ke liang
lahad. Sudah namanya cicit Bugis yang dulunya ada Daeng pada pangkal
nama. Jadi tidak hairan kalau dia memang pendendam.
Apa dia suka? Baik cerita apa dia benci dulu..
No comments:
Post a Comment