Ada rasa kagum, ada rasa pelik, aneh lagi
ganjil. Ada rasa cuak curiga dan bimbang. Saya sentiasa bersyukur kalau
ada orang komen atau kritik atau sesekali puji karya saya. Selalu saya
insafi diri, saya menulis biasa-biasa aje. ALLAH SWT yang pinjamkan bakat. Esok lusa kalau diambil semula, saya berhentilah menulis.
Tapi kalau tahap orang obses pada karya saya sampai setiap watak
dibuatkan akaun facebook termasuklah watak sampingan, termasuk jua
catatan memorial kematian si ibu dan adik watak... ohuhuhuu itu a bit
weird bagi saya!
Saya dapat tahu watak-watak dalam novel AKUKAH
CINDERELLA ITU?, AKUKAH SNOW WHITE ITU? dan AKUKAH PUTERI ITU
rupa-rupanya ada akaun facebook.
Watak LISA AHMAD, FARID TENGKU
AZUDDIN, ARISA, KEISYA, FATIH, KARINA ETC... semuanya ada akaun
facebook! Astagfirullah! Mak oiii... habis semua watak sampingan ada
facebook. Gigihnya orang yang buat ni.
Cuma saya ragu-ragu,
entah gambar gambar siapalah yang jadi mangsa untuk semua akaun facebook
ni. Saya lihat macam gambar orang lain dicilok. Ini termasuklah watak
Fatih, watak lelaki yang lain juga ada.
Sekadar mahu beritahu, saya
tak terbabit dalam akaun akaun facebook watak-watak dalam novel saya
ini. Saya bimbang isu gambar entah siapa siapa yang digunakan
sewenang-wenangnya akan menyebabkan orang fikir saya yang di sebalik
tabirnya! Hahahah saya ni mokcik anak empat yang sentiasa sibuk mengejar
jadual anak. Saya tidak punya masa untuk buat benda benda yang agak
mengarut dan salah dari segi etika (isu gambar).
Mungkin ada yang menganggap ini normal bagi peminat yang terlalu obses. Saya faham. Cuma isunya, saya harus nyatakan di sini, saya tidak terbabit. Kerap terjadi apabila ada isu berbangkit, seperti penggunaan gambar tanpa izin etc, orang akan menyoal dan mempertikaikan adakah saya penulis novel yang melakukan semua perkara berkenaan. World peace:))
No comments:
Post a Comment