Wednesday, January 23, 2013

Mau Tulis Cerita Apa?

Ni antara yang sempat saya lihat dalam laman web. Rasa ralat pulak masa adik-adik yang lain tu datang, saya tak minta copy.


Bila buat novel remaja, saya suka perhatikan anak-anak saya, anak-anak jiran. Cuba belajar apa yang mereka suka. Memang kena mengaku, banyak kerenah watak nakal dalam semua karya remaja saya hasil pengamatan anak-anak sendiri.

Bila mahu mula tulis novel dewasa, kekadang saya jadi hilang punca. Rasa macam bebal sangat. Tak tahu mau tulis apa walhal cerita/plot sangat banyak dalam fikiran. Mahu tulis cerita gedik, mokcik sedar dah tua! Dan rasa rugi banyak benda tak tersentuh nanti kalau buat cerita ringan.

Gitu gini, timbang tara, hasil pengamatan, hasil membaca komen sana sini..... Selepas mengenang enam kumpulan mahasiswa pernah membuat sesi tembual di rumah saya untuk mengupas Menunggu Cinta Tuhan sama Tuhan Masih Mencintaiku. Akhirnya saya rasa makin jelas apa yang nak saya tulis.

Saya bukan ustazah, saya bukan budak syariah. Tapi bila saya menulis sesuatu yang ada kilasan Islamik, ia adalah dari perspektif saya. Orang biasa-biasa, yang mahu belajar atau menghadamkan sesuatu tentang kehidupan. Saya tak pandai, saya sama-sama belajar apabila menulis sebab saya tahu pembaca tak suka diajar-ajar.

Angan-angan saya, mahu tulis sesuatu yang cheeky seperti AKU ADA KAMU dan kemudian acuan Menunggu Cinta Tuhan digabungkan di situ. Hahahaha... ya angan-angan jam 12 tengah harii! Siapnya belum tentu novel saya tu.... Okay daaaaa....

No comments:

ShareThis