Tuesday, December 17, 2013

CATATAN HUJUNG TAHUN - Pembedahan Kedua

Terima kasih ya Umie Mohd dan Poklie Rm atas kunjungan yang mengejutkan:)) Dah bertahun tak jumpa jurufoto favourite saya masa kerja. Berkali-kali juga rancang nak ajak makan-makan di rumah tapi masa tak mengizinkan. Tak sangka jumpa akhirnya di Hospital Pantai. Buat Fiza (Umie Mohd), poklie dan anak-anak, nanti kak lily buat makan-makan ya selepas Adib sihat.

SAYA cuba sedaya-upaya untuk cuci dan buang sisa nanah yang masih melekat pada usus. Tapi tak boleh. Saya terpaksa keluarkan semua usus tu, cuci, buang nanah, kerat dalam sejengkal dan jahit semula. Usus dia dah melekat-lekat. Macam kek! Saya kena lerai dan pisahkan satu satu.

Itu jawapan Dr Zain bila saya tanya mengapa pembedahan yang dijangka sejam menjadi dua jam lebih. Alhamdulillah. Tak apalah, pembedahan dengan Dr Zain insyaAllah ok dengan izin Allah swt. Saya akan lupakan cerita pembedahan pertama di tangan doktor lain yang banyak buat saya menggeleng. Haaaa... panadol terutamanya!

Terima kasih buat Rosie Haslinda Nasir yang menunggu Adib sepanjang dibedah sewaktu saya tak larat semalam. Cuma sedikit ngeri tengok gambar jam satu pagi semalam. Ada enam tiub berselirat keliling Adib. Satu untuk urine, glukose, antibiotik, susu, untuk sisa air cucian usus dan sisa darah serta satu tiub dari hidung terus ke perut untuk keluarkan air hijau dari perut.






3 comments:

zarra zuyyin said...

Moga adib cepat sembuh. Sabar ya kak...

Miss KiLa said...

Mcm mana keadaan hero auntie? moga moga cepat sembuh

exobulous smiles said...

Aku Baca Ni Dup Dap Jantung . Ya Allah . ACEH pukul 5 tdi pgi mendengar suara Anjing lagi mengaum sperti suara raksasa utk yg kedua kalinya dari bawah dasar laut Samudra Pasifik.. Menurut para ulama, itu suara Dajjal yg berusaha naik ke dunia. Oleh krn itu kita diprintahkan : Sentiasa tidak berhenti mngumandangkan adzan dan mendirikn sholat. Siapa yg membaca ini, tlng sebarkan ke 20 org. Jgn dipermainkan, Lillahi Ta'ala.Demi Allah ini amanahmu, dlm waktu 12 jam * COPY & PASTE *

ShareThis