Friday, December 13, 2013

CATATAN HUJUNG TAHUN - SAYONARA ENSTEK:))



SEKEJAP aje dah lima tahun. Selepas tahun pertama yang kekadang penuh drama. Takut dan stress dengan senior. Dan kekadang buat benda mengarut, telefon mak dia sesubuh yang boleh sekadar nak bagitau, "Mak, Anis tertinggal beg sekolah!"
"Mak, Anis terlupa bawak tudung sekolah!"

Maka si emak yang gigih akan memecut di Lekas Highway dalam jam 5.30 pagi dan sampai ke pagar TKC jam 6 pagi. Segala barang yang terlupalah... yang tercicirlah... yang tertinggallah akan diserahkan pada makcik guard.



Tingkatan tiga yang penuh warna-warni. Sempat tulis novel dan dalam masa yang sama buat mak risau. Nak pastikan boleh maintain dalam kelas, sesekali bila syafiq cuti, saya mintak syafiq datang ajar maths untuk PMR. Tingkatan empat, sempat lagi satu novel. Mak yang terlebih happy, Anis macam biasa, tak ada perasaan. Cool sesangat.




Naik tingkatan lima, kena pindah Enstek. Bye bye Bukit Merbah. Rasa macam jauh, tapi oklah jugak kalau dari rumah. Masih boleh maintain setengah jam kalau merempit. Cuma kalau di Bukit Merbah, Jalan Kurshiah tu ada goreng pisang yang sedap, ada air kelapa etc. Dan tak besar melaut macam tempat baru. Di tempat baru rasa macam boleh hilang berkilo-kilo si Anis yang dah sedia kurus tu:((
Bak kata Adib masa datang untuk bantu Anis punggah barang, "Ni sekolah ke shopping complex?"








Sebelum ni tiap-tiap minggu sibuk terkejar-kejar ke TKC dan Bagan Datoh. Syukur, petang itu insyaAllah, hari terakhir untuk saya ke TKC:)) Horeyyyyyyyy:)) anak habis SPM, mak yang suka! Saya ada tukang lipat baju dan tukang masak nanti:)) Lepas ni tak ada lagi mesej, mak tolong bawakan air mineral. Mak tolong belikan ubat gigi:))


Kata Anis, lauk dewan makan sedap! Haha jarang kan student nak puji nasi kawah asrama:))
Kalau dikumpul barangnya, memang melimpah dalam satu lori kecil. Menjelang maghrib baru selesai sesi memunggah barang. Tak macam Syafiq, yang adakan pesta unggun api selepas SPM. Satu ketul buku pun dia tak bawa pulang. Semua dibakarnya dengan kawan-kawan. Berlenggang dia balik. Untuk Anis, berkotak kotak kotak kotak buku diangkutnya. Alhamdulillah, hari rabu itu dengan rasmi saya tamatkan sesi melawat dia ke TKC yang berjalan setiap minggu selama lima tahun:))

 Tak sangka saya begitu tabah lagi gigih melawat dia setiap minggu sejak tingkatan satu. Masa tingkatan satu, sabtu ahad hari wajib ziarah. Sampai rasa tak sempat bersosial. Bulan puasa pun gitu. Memang berkelah buka puasa setiap sabtu ahad. Selepas tingkatan satu, waktu ziarah hanya sekali seminggu. Tapi untuk ramadan, tetap sabtu dan ahad. Dalam bab ni mujur Adib tak jealous. Kekadang kesian orang di SABDA, yang amat jarang dapat kami ziarah:)

Buat anak-anak batch Vivacious, semoga sentiasa sukses dunia akhirat. Rasanya bukan Anis aje akan rindu sekolah, sahabat dan guru-gurunya. Saya juga akan sentiasa kenang rakan-rakan Anis yang manis, manja yang selalu menjerit tegur saya, "Auntie lily... auntie lily!" sambil salam saya. Untuk semua semoga sentiasa dlimpahi kasih sayang Ilahi:))

1 comment:

FaznFaz said...

salam,

teringat bila kak lily cerita hantar syafiq masuk mrsm n hantar anis masuk tkc... kejap je dah 5 tahun...

cepat2 tau bukukan love in silence... x sabar nak baca...

nurul masmin is back!!!

hehe!!! suka sgt kak lily dgn nama nurul masmin... rasanya haritu ada bagitau yg dia tu anak someboy dr melaka yg kaya eh?? dah lupa laaa...

ok, salam hormat n happy2 selalu...

ShareThis