Tuesday, December 25, 2012

LOVE YOU IN SILENCE - kala cinta hilang kata - 1

LOVE YOU IN SILENCE .... kala cinta hilang kata

BAB 1

Satu ketika itu.. Ya, satu ketika yang tidak pernah padam dalam ingatan. Satu ketika yang mecatat segala rahsia. Di situ bermula cerita, di situ tersimpul kisah.

Rambut dia pendek. Short and sassy. Kata kawan-kawan wajahnya mirip penyanyi Shakira . Hem, dia memang gorgeous dan eksotik. Hihi... ni orang yang kata, dia tak kata pun!! Kalau dia marah, garangnya boleh menjadi lebih daripada harimau! Dan satu perkara yang tidak ramai tahu... dia sebenarnya perempuan yang berhati kering!

“Banyaklah depa punya eksotik.. macamlah aku ni harimau siberia...” Itu yang selalu dia bebelkan bila Rose menegur hobinya memakai bedak debu rona gangsa berserakan mutiara.

“Eh, bukan kau dengan harimau siberia tu kongsi DNA yang sama ke?” Terkekeh-kekeh Nik Fauziah tergelak. Memang setiap kali kalau Nurul Masmin naik angin, dia akan awal-awal beri amaran kepada Rose: Rimau siberia dah mengaum!

“Hei.. apa kena mengena bedak debu aku dengan harimau hah? Kau orang ingat bedak aku ini ada guna abu makhluk yang dah nak pupus tu ke?”

“Kau pakai bedak warna tu memanglah efek kulit nampak beza. Macam warna kulit Jlo..ala-ala Lady Gaga...silky bronze, berkilat-kilat... Jenny from the block! Kalau tak mau nampak seksi eksotik.. haha pakai aje bedak cuticura tu.. Tak adalah mana-mana mamat pandang kau kemudian scan kulit kau dengan rasa terliur...Bedak mahal kau tu sedekah pada aku! ”

Balas Nik Fauziah selamba sambil mengunyah kuaci pada satu petang tatkala gadis yang berbibir comel itu merengus-rengus.

Mana tidaknya dia menjadi angin satu badan. Sudahlah dia terlewat lima minit masuk dewan kuliah tadi. Baru hendak menghendap masuk ikut pintu belakang, namanya sudah bergema satu dewan. Sumpah! Nurul Masmin memang tidak sangka Prof Hamid yang pakai kaca mata fesyen old school itu boleh menangkap kelibatnya.

“Lambat Cik Nurul Masmin ? Kenapa lewat? Sibuk sign autograf novel untuk peminat ke?”

Berdesing telinga dibuatnya. Tidak terangkat mukanya memandang wajah Prof Hamid yang tidak berapa handsome itu.

Cisss... bertenang Nurul Masmin! Relaks Nurul Masmin! Take a deep breath! Tak apa... tak apa... ini promosi percuma dari Prof! Nurul Masmin memujuk hati sendiri. Biarpun tatkala itu dia terasa mahu menyorok bawah meja kuliah.

Udara dingin dewan kuliah membuat dia beku dan terkeras tiba-tiba. Dia tahu ramai sudah menoleh ke arahnya. Bencinya!!

“Atau sibuk di salun rambut? Boleh bawa sembahyang ke kaler rambut yang awak pakai tu?” Sindiran itu sama-sama menerjah ke tulang hitamnya. Dewan kuiah tiba-tiba terasa macam peti beku untuk daging korban! Nurul Masmin benar-benar terkeras di situ. Hish, bencinya!

Tarik nafas... pandang depan.. cari tempat duduk! Nurul Masmin cuba buat selamba.

Dia baru tertinjit-tinjit mahu duduk sambil kepala tertunduk malu... tiba-tiba Prof Hamid menegur lagi.

“Tidak elok pakai kaler rambut ... pakai inai sudahlah. Bedak kamu itu pun cap apa ye? Sampai saya di depan ni nampak pigmens warna tembaga... Bahaya tu untuk kulit! Allah dah elok-elok beri warna kulit putih cantik, mahu dibubuh kaler tembaga... Barang tembaga setahu saya dah jadi barang antik, buat tadah habuk dalam almari rumah orang kampung...”

Serentak itu juga pecah gelak ketawa pelajar-pelajar dalam dewan kuliah itu. Nurul Masmin dapat mendengar gemannya itu. Oh, kalau ikutkan hati.. dia sudah muntah hijau!

“Saya tegur sebab sayangkan kamu... kamu student saya.. tak mahulah kamu masuk neraka!”
Sekelompok pelajar senior lelaki menyambut kata-kata itu dengan gelak ketawa yang berpanjangan.

“Hak! Hak! Hak!” Gelak mengejek Amirul selaku ketua bagi kumpulan itu begitu jelas di pendengaran Nurul Masmin.

Telinganya terasa berasap!
Nurul Masmin mengetap bibir kuat-kuat. Hati tiba-tiba menggelegak geram.

Cool, babe! Breathe in, breathe out!
 
Tidak pasal-pasal kuliah yang turut dihadiri senior tahun tiga itu menjadi sedikit terganggu dik dirinya. Meluat sungguh dia memandang wajah senior yang seorang itu.

Nama Amirul memang sejak dari awal sentiasa mendera emosinya.
Benci! Meluat! Tak suka... Aku benci Amirul... Kalaulah ikutkan kepalanya yang sedang berasap, mahu saja dia meletakkan nombor telefon Amirul, nombor matriks dan gambar sebesar A3 di setiap hentian bas atau di stesen LRT!
Lelaki Gersang Mahu Mencari Teman!

“Sudahlah... berangan-angan mahu jadi Shakiralah Beyoncelah.... Warna kulit bronze, mata hazel.. aku rasa orang pandang bukannya jadi Beyonce tapi takut jadi buasir... Sebab terkejut sangat!”

Terbeliak mata Nurul Masmin! Kurang ajar! Dia merenung lelaki itu dengan bibir yang terketap rapat. Memang biadap mamat ini! Mulut celupar Amirul memang sudah mencabar kesabaran. Nurul Masmin ketika itu hanya mampu menarik nafas kerana darahnya menggelegak pada tahap didih.

"Kau jaga Amirul! Tahulah aku nak ajar kau!" Dendam membara, hati meluap-luap dengan lahar api.

"Sabar!" Pesan Nik Fauziah.
"Tak ada maknanya nak sabar dengan mamat beruk tu!"
"Marah itu kawan syaitan..." Nik Fauziah yang sentiasa cool peringatkan lagi.

"Peduli apa aku! Nantilah... segala jeneral panglima Devil dan Evil nanti aku seru ajar mamat ni..." Nurul Masmin terasa darah sudah menggelegak naik ke kepala.

Di sana sini, di sekelilingnya hanya wajah Amirul yang dia ternampak. Mahu dibunuhnya lelaki itu kalau boleh. Jantan mulut puaka! Benci!!!

2 comments:

~::Chenta::~ said...

ermmm .. pembuka yang agak kurang menarik ...
tapi .. Chenta tau .. bukan mudah nak menulis ...

Chenta pasti ikuti olahan cerita ni ^___^

Lily Haslina Nasir said...

salam,
terima kasih di atas komen, tapi ini bukan opening. bab ini dimulakan dengan prolog...
ada pada posting di bawah.

ShareThis