Saturday, December 22, 2012

SUPERLICIOUS SOFEA - 1

NI cerita gedik. Kata kawan-kawan cerita budak menggelenyor! Budak nakal. Zaman sekolah dulu memang best bagi saya. Apapun saya nak buat ikut suka saya. Bila ada anak, saya tengok ada anak-anak saya yang ikut perangai saya. Kisah CR waktu dia di Pengkalan Highland, cerita dia suka panjat pagar asrama, cerita Anis yang masa tingkatan satu buat drama tak mau balik kolej dan kisah Adib yang suka menggelinjang saya bubuh di sana sini. Hahahaa ni memang macam cerita syok sendiri.... tapi tak apalah. Saya bila tulis cerita bebudak macam ni, rasa moda macam umur 17 tahun! Sebabnya bila tulis novel dewasa ni kekadang boleh bikin stress jiwa, tersimpul salur darah, oksigen tak sampai ke kepala dik memikirkan masalah, plot watak dalam novel. Okay, mudah-mudahan saya mampu berdisiplin untuk buat posting secara tekun novel-novel di sini. Dulu pernah saya share di blog lepas tu mood menaip ke laut, saya busy entah apa apa, novel ni langsung terhenti. Okay,   daaaaaaa.....

SUPERLICIOUS SOFEA - 1

Nama dia Sofeatulaisyah.
Nama bukan main lagi. Macam ada darah-darah arab. Boleh tersasul mahu menyebutnya. Tak kena gaya, kalau mahu isi borang OMR pun boleh tersalah eja.
Kalau tengokkan pada nama, orang mesti ingat dia ini ala-ala Ustazah Pilihan yang lemah-lembut lagi skema berhemah. Hemm, siapa kenal, baru tahu dia siapa... Boleh tahan kasarnya!

"Nama ada bau-bau arab? Ada darah arab ke?" Kekadang ada yang bertanya.
“Tak ada makna darah Arab! Ini cucu-cicit bugis ok!” Itu selalu jawabnya kalau ada orang mengusik. Maklum tergeliat lidah mahu menyebut nama dia.

Ada yang panggil dia Shah. Dia ok lagi. Ada juga yang tak tahu, guna nama Aisyah aje. Bolehlah. Nama isteri Rasulullah saw kan! Tapi jangan cuba-cuba panggil dia Atul. Mahu kena tukul kepala orang yang menyebut itu.

“Panggil Sofea aje. Dah Sofea tu ala-ala paling depan.” Demikian jawab dia kalau orang tanya mahu panggil apa. Alah, yang selalu buat-buat blur bertanya tentunya mamat-mamat yang mahu jual ayat.

“Sofea Lorren?”
“Hello... Excuse me! Beg your pardon? Tak mainlah Sofea Lorren. Dah tua pun... kalau Marilyn Monroe okay ye... memang kita minat.”

Hahaha itu satu hal, entah apa, entah kenapa, dia cukup gilakan Marilyn Monroe. Habis semua wall paper di komputer ribanya penuh dengan gambar seksi Marilyn Monroe.

Daftar masuk Kolej Hulu Park Highland ini pun sebenarnya dia terpaksa. Kolej di mana? Tak pernah dengar? Hem, dia tak kecil hati pun. Dah nama pun Hulu jadi memang tak hairan kalau ada yang tak tahu di mana.

Sampai ada kawan-kawan di kolej lama bertanya... Kolej Hulu Park Highland? Kat mana tu? Pengkalan Hulu di mana ya? Di kaki Gunung Jerai ke? Atau di sempadan Takbai yang menghala ke Siam tu? Eh dalam Malaysia ke tempat ni? Amboi, melampau benarlah ya sampai tanya dalam Malaysia ke tidak.

Gadis kepala batu macam Sofea mana pernah pedulikan orang. Tapi kalau dia baik dan sukakan orang, lebih dari bidadari sorga pun dia boleh layan orang. Cuma, jangan sesekali cari fasal dengan dia. Memang dia dendam sampai ke liang lahad. Sudah namanya cicit Bugis yang dulunya ada Daeng pada pangkal nama. Jadi tidak hairan kalau dia memang pendendam.

Apa dia suka? Baik cerita apa dia benci dulu...

No comments:

ShareThis