Sunday, December 16, 2012

Takdir Hidup Tak Sama, Tapi Jangan Sampai Anak Cicir Sekolah


Mukanya bercahaya, girang dan ada tangis di hujung.

"Cik lily, kalau anak-anak ini dapat sijil kelahiran, dapat masuk sekolah... saya peluk Cik Lily!! Lapan tahun saya pendam masalah. Orang tanya kenapa anak tak sekolah, saya jawab belum cukup umur, tapi lepas tu saya nangis sendiri. Anak pun tak tahu dia patut dah masuk darjah dua. Terima kasih sesangat Cik Lily. Sayang sangat Cik Lily. Lepas ni kalau lepas segala permohonan dokumen, saya belanja Cik Lily KFC ya....  Saya sudah ke JPN. Ini borangnya. Nanti Cik Lily bantu isikan ya! Nanti saya akan ke hospital minta segala dokumen bukti saya melahirkan anak di sana."

Allah... saya tak terkata. Tumpang lega penat saya ke hulu ke hilir jadi supir wanita sebaya saya ini berbaloi. Sekejap ke Pejabat Pelajaran Daerah, sekejap ke sana, kemudian ke sini.  Semuanya gara-gara dua anak wanita ini tiada sijil kelahiran sampai tercicir sekolah. Berbaloi saya rasa jadi tukang taip surat, telefon hospital tempat dia melahirkan dulu, sampai bil telefon saya melambung..... Dalam sehari, saya rasa macam operator pulak telefon sana sini minta maklumat dan informasi dari pihak berkenaan. Maklum sahabat saya ini mahu bercakap masalahnya pun tak pandai. Alhamdulillah! Saya lega langkah awal untuk anak ke sekolah ada cahaya di hujung jalan.

Kalaulah anak dia dapat masuk sekolah tahun depan, ya saya janji saya belikan baju sekolah dan peralatan sekolah. Ya, takdir hidup berumahtangga kita tak sama. Tapi kalau sampai dua orang anak kecil tak bersekolah, saya tumpang tak lena tidur bila tahu.


"Anak-anak berdua tu dah mula tanya saya Cik Lily.... Mak, kami dah boleh masuk sekolah ya? Achik Lily tolong mak, ya? Saya katalah ya....."


Allah, semakin panjang doa saya untuk anak-anak ini.
Kalaulah tak kesampaian, Achik Lily ni pun tumpang hampa.


2 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

mudah2an Allah permudahkan segala2nya untuk anak2 itu

CT said...

ksian...tlg mmenolong mbawa berkat..

ShareThis