Mana Kak Lily dapat ilham ya? Macam mana dapat
plot cerita macam-macam? Saya sebenarnya harus berterima kasih pada bos
dulu sebab mengacuankan saya sebagai penulis rencana.
Tugasan dan arahan last minute dari bos suruh saya ke Istana Pasir
Pelangi bersama seorang rakan media yang lain untuk sesi tembual
bersama Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia (ketika itu Tuanku bergelar
TMJ) antara yang buat saya resah bimbang. Maklum saya berdua saja dan
sesi itu ala ala sehari bersama. Saya sangat cuak dengan protokol
diraja. Maklum saya orang biasa biasa. Ya, ini antara pengalaman
menulis.
Semuanya yang kena buat homework. Interview sana
sini. Dari dapatkan kisah golongan diraja, bangsawan, elitis sampailah
ke kisah kahwin lari, bernikah di sempadan dengan menaik perahu bersama
kekasih hati.... semua ini memang menjadi sumber ilham saya waktu
menulis selepas berhenti kerja.
Dari pengalaman bertentang mata
dengan Miss Universe, tidur di kamar villa Hotel Four Season Reasort
Jimbaran yang alkisah pernah disewa oleh Tom Cruise sampailah
menyelongkar kisah awet mayat, bedah mayat, semuanya penuh warna,
rencam, menginsafkan. Ya, saya harus berterima kasih pada pengalaman
kerja yang lalu.
2 comments:
betul kak, menulis kena buat homework.. tak boleh tulis main ikut sedap jer
nak hidupkan watak dalam novel pun bukan senang..
kalau saya baca novel dan saya merasai watak dalam novel tu, bagi saya berjayalah penulisnya menghidupkan watak tu..
betul tak kak?
NENETPENNE,
Betul tu dik...
Nak menulis memang kena buat homework.
Kalau tak buat homework takut nanti macam menulis syok sendiri:))
Post a Comment