Wednesday, January 2, 2013

Dua Tahun Di Asrama, Kita Tak Pernah Bawa Pencuci Baju!

Kalau Anis mahu angkut penuh kereta. Kalau boleh kereta tu muat-muat aje seat untuk driver dengan dia aje. Bila TKC pindah tempat baru di Enstek saya rasa Anis pun macam pindah rumah. Dua kali menyinggah ke Enstek untuk hantar segala harta karun dia! Tapi budak lelaki, selagi boleh berlenggang dia nak berlenggang. Malas mahu pulang ke rumah atau balik asrama dengan sebarang beg. 


Tengok tu.... Tak ada hal kan nak pegang aje selipar jepun dia tu ke hulu ke hilir dengan tangan.

Satu beg selempang, baju sangkut aje pada hanger. Beres! Macam nak tidur dua hari dua malam aje kan gaya dia balik asrama awal tahun ni. Paling saya tak berkenan bila dia dah dapat penyakit abang dia. Pakai seluar macam nak terlondeh. Ohhh saya sangat tak berkenan!

Adib bukan risau pasal PMR. Dia tanya bila lagi boleh lepak gini sama Yaya, achik Rosie dan Achik Azlan.

Hahahaha go Yaya go. Eternal Flame baby....

Sangat stress bila tengok Adib tak kemas barang. Dan paling tak suka dapat phone call dia suruh saya pos tali leherlah... name tag lah... buku lah... segala mak nenek tercicir! Adib!! Barang dah kemas? Beg mana? Buku mana? Apa nak beli? Biskut? Maggi? Air kotak? Sabun mandi? Pencuci baju? 

Tahu apa jawab dia? "Sepanjang kat asrama kita tak pernah bawak pun pencuci baju mak bagi! Buat berat aje!" Saya dah terbeliak renung dia.

Mulut saya mula membebel. "Hahaha Adib pakai orang punya? Tahu tak halal haram? Nanti belajar macam mana nak pandai! Bla bla blaaaa!" 

Syafiq macam biasa bela adik, "Duduk asrama itu namanya KERJAAAAASAMA.... itu namanya aqiqah barang mak. Mak mana tahu...... Mak masuk UM duduk kat kolej Kinabalu tu kejap aje. Tu pun takat minggu orientasi.... Lepas tu mak duduk luar. Kemudian mak dah jadi bini orang.  Mana mak tahu duduk asrama macam mana!"

Haishhhh..... Syafiq memang nak kena cili!

Adib yang tak ada emosi bila saya marah tetiba menyampuk. 

"Mak bila lagi kita boleh pergi karaoke sama acik rosie, acik azlan dengan yaya ya? Coollah... achik azlan nyanyi....."

Errr budak ni memang tak makan saman. Terus tukar topik.

Dan abang dia menyampuk.

"Kita nyanyi lagu Azura hari tu, mak mesti macam tak percaya kan... hahaha sama kan?? Sama kan? Sama suara Jamal!"

Haishhh... memang mau kena tazkirah budak budak saya ni!

4 comments:

Yin Areesa said...

Zarra gelak guling2.dah besa2 jd mcm kwn aje lah.ngee

Fira hilwa said...

hahah... adib... adib...

Lily Haslina Nasir said...

Zarra Zuyyin,
Anak anak ni ada ada aje kan! Semua nakal dan cekap kalau nak menjawab!


Lily Haslina Nasir said...

Fira Hilwa,
Adib tu susah nak bawak runding. Kalau dia tak mau, susah nak dipaksa. Ikut angin dia aje.

ShareThis