Thursday, January 31, 2013

Antara Yang Mencambahkan Ilham Menulis....

Kurang lebih sebulan berulang-alik ke rumah mayat. Ini antara pengalaman yang menginsafkan, mencabar, memberi perasaan yang luar biasa apabila semua selesai dan yang pasti mencambahkan ilham menulis saya.

Apabila membuat tugasan begini, saya suka fikir berlapis-lapis. Ikhtibar, teladan, kesan emosi, kesan fizikal yang bertunjangkan topik yang saya tangani. Itu sebab bagi saya, kalau mahu menulis kisah cinta atau kisah remaja, usahlah berangan-angan semata-mata untuk bina plot.

Carilah sesuatu yang ada teras, ada asas dan boleh dibangunkan secara bijaksana. Mampu menyumbang sesuatu untuk makanan minda. Bukan terlalu mengarut-ngarut, terlalu berfantasi. Ini pandangan peribadi saya. Bumi Allah swt ini luas, banyak cerita dan kisah yang tidak tertulis dik kita.

Carilah, fikirlah.... Tak ada jalan singkat. Kalau pilih jangan singkat, memang jadi biskut dan kerepek ajelah karya itu. Jangka hayat tak panjang. Maklum budak umur 8 tahun sekarang pun semuanya bijak-bijak. Semua ibu bapa berlumba mahu anak berfikiran langkau ke hadapan. Jadi bila kita tulis sesuatu karya, biarlah yang 'nampak' cerdik. Budak-budak biarpun namanya budak bukan boleh ditipu dengan kisah yang tak logik biarpun dalam angan-angan dan fantasi.

Bertunggu bertangga sampai sempat melihat otak dalam gayung, jenazah yang mati dibunuh, duduk menghadap mayat bangsa asing disolekkan, memandang mayat berkecai digilis keretapi, menyaksikan cara mayat diawetkan, bagi saya itu pengalaman paling luar biasa masa kerja.

Tugasan bersama geng Jelita, Kak Jun, jurugambar Pok Lie dan Jasmin, memang buat kami sebenarnya tak lena tidur waktu tu. Bau ubat pengawet mayat melekat di tekak hampir seminggu.

"Mau takut apa.... ini olang sudah mati. Saya lagi tolong sama dia. Kasi dia boleh pulang kampung. Dia tatak boleh buat apa.... Jangan takut!" Hahhaha ini jawapan apek yang saya interview waktu dia tengah urusankan pembungkusan mayat warga Vietnam yang mati digilis keretapi.

4 comments:

~::Chenta::~ said...

Chenta pun teringin melibatkan diri dalam pengurusan jenazah..
emak kata .. hati perlu kuat .. semangat perlu kental .. sebab menghadapi 'badi' orang meninggal..berat badinya ..silap hari bulan kita yang sengsara ..

rasa nya semangat Chenta masih ada ni ^^

NenetPenne (NP) said...

memanglah itu mayat tak boleh buat apa...tapi kak, sekali mayat tu bangun, haaa kita pulak yang terus pitam kat situ..

tapi untuk saya yang lemah semangat ni, memang tidak laaa...

tapi, tapi lagi... dapat tengok prosedur diorang menguruskan mayat adalah satu pengalaman yang tidak ternilai..yelah, kalau cara orang islam kita dah tahu cara2nya...

Lily Haslina Nasir said...

CHENTA..
Memang kena kuat semangat, kena ada ilmu, kena banyak cari pengalaman untuk mendekatkan diri dengan perkara begini.

Lily Haslina Nasir said...

NENETPENNE,

Ya, waktu buat tugasan yang ini banyak dapat belajar. Terutama yang membabitkan cara pengurusan dan mengendalikan kematian bangsa asing. Paling menarik dapat tengok cara awetkan mayat.:))

ShareThis