Kurang
lebih sebulan berulang-alik ke rumah mayat. Ini antara pengalaman yang
menginsafkan, mencabar, memberi perasaan yang luar biasa apabila semua
selesai dan yang pasti mencambahkan ilham menulis saya.
Apabila membuat tugasan begini, saya
suka fikir berlapis-lapis. Ikhtibar, teladan, kesan emosi, kesan
fizikal yang bertunjangkan topik yang saya tangani. Itu sebab bagi saya,
kalau mahu menulis kisah cinta atau kisah remaja, usahlah
berangan-angan semata-mata untuk bina plot.
Carilah sesuatu
yang ada teras, ada asas dan boleh dibangunkan secara bijaksana. Mampu
menyumbang sesuatu untuk makanan minda. Bukan terlalu mengarut-ngarut,
terlalu berfantasi. Ini pandangan peribadi saya. Bumi Allah swt ini
luas, banyak cerita dan kisah yang tidak tertulis dik kita.
Carilah, fikirlah.... Tak ada jalan singkat. Kalau pilih jangan singkat,
memang jadi biskut dan kerepek ajelah karya itu. Jangka hayat tak
panjang. Maklum budak umur 8 tahun sekarang pun semuanya bijak-bijak.
Semua ibu bapa berlumba mahu anak berfikiran langkau ke hadapan. Jadi
bila kita tulis sesuatu karya, biarlah yang 'nampak' cerdik. Budak-budak
biarpun namanya budak bukan boleh ditipu dengan kisah yang tak logik
biarpun dalam angan-angan dan fantasi.
Bertunggu bertangga
sampai sempat melihat otak dalam gayung, jenazah yang mati dibunuh,
duduk menghadap mayat bangsa asing disolekkan, memandang mayat berkecai
digilis keretapi, menyaksikan cara mayat diawetkan, bagi saya itu
pengalaman paling luar biasa masa kerja.
Tugasan bersama geng
Jelita, Kak Jun, jurugambar Pok Lie dan Jasmin, memang buat kami
sebenarnya tak lena tidur waktu tu. Bau ubat pengawet mayat melekat di
tekak hampir seminggu.
"Mau takut apa.... ini olang sudah mati.
Saya lagi tolong sama dia. Kasi dia boleh pulang kampung. Dia tatak
boleh buat apa.... Jangan takut!" Hahhaha ini jawapan apek yang saya
interview waktu dia tengah urusankan pembungkusan mayat warga Vietnam
yang mati digilis keretapi.
4 comments:
Chenta pun teringin melibatkan diri dalam pengurusan jenazah..
emak kata .. hati perlu kuat .. semangat perlu kental .. sebab menghadapi 'badi' orang meninggal..berat badinya ..silap hari bulan kita yang sengsara ..
rasa nya semangat Chenta masih ada ni ^^
memanglah itu mayat tak boleh buat apa...tapi kak, sekali mayat tu bangun, haaa kita pulak yang terus pitam kat situ..
tapi untuk saya yang lemah semangat ni, memang tidak laaa...
tapi, tapi lagi... dapat tengok prosedur diorang menguruskan mayat adalah satu pengalaman yang tidak ternilai..yelah, kalau cara orang islam kita dah tahu cara2nya...
CHENTA..
Memang kena kuat semangat, kena ada ilmu, kena banyak cari pengalaman untuk mendekatkan diri dengan perkara begini.
NENETPENNE,
Ya, waktu buat tugasan yang ini banyak dapat belajar. Terutama yang membabitkan cara pengurusan dan mengendalikan kematian bangsa asing. Paling menarik dapat tengok cara awetkan mayat.:))
Post a Comment